Thursday, January 13, 2011

HIJRAH






· Menurut bahasa:
  - semata-mata meninggalkan.


·    Menurut istilah:
    - meninggalkan negeri Mekah lalu berpindah-randah ke Madinah demi untuk kepentingan agama Islam.


·Hijrah secara umum:
      - meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintahNya.  Hijrah yang dituntut oleh Islam ialah hijrah dengan perkataan, perbuatan dan hati. 





  

Wednesday, January 12, 2011

Solat Sunat Hari Raya





Takbir Hari Raya





  • Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. 


  • Cara bagi mengerjakan solat sunat Aidilfitri adalah:


LAFAZ TAKBIR RAYA



اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ 




NIAT SOLAT SUNAT

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى


Rakaat pertama : takbir 7 kali selepas takbiratul ihram dan doa iftitah kemudian Al-Fatihah dan surah     Al-Kafirun.


Rakaat ke-dua: takbir 5 kali dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.



Khutbah Solat Sunat Aidilfitri.



BIMBINGAN LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM (PUSTAKA BUDI)

Friday, January 7, 2011

25 RASUL



25 Rasul yang wajib diketahui 

1. Adam AS.
2. Idris AS.
3. Nuh AS.
4. Hud AS.
5. Soleh AS.
6. Ibrahim AS.
7. Lut AS.
8. Ismail AS.
9. Ishak AS.
10. Yaakub AS.
11. Yusuf AS.
12. Ayub AS.
13. Suib AS.
14. Musa AS.
15. Harun AS.
16. Zulkifli AS.
17. Daud AS.
18. Sulaiman AS.
19. Ilyas AS.
20. Ilyasa' AS.
21. Yunus AS.
22. Zakaria AS.
23. Yahya AS.
24. Isa AS.
25. Muhammad SAW.




5 Nabi yang mendapat gelaran Ulul Azmi

1. Nuh AS.

2. Ibrahim AS.

3. Musa AS.

4. Isa AS.

5. Muhammad SAW.







WAKTU YG DIHARAMKAN BERSOLAT



1. Waktu syuruk:
  • selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.


2. Waktu zawal/Istiwa/rembah:
  •  iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran.


SEJARAH SOLAT 5 WAKTU 


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. 


1= SUBUH 

  • Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. 





2= ZOHOR 

  • Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. 



3= ASAR 

  • Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT.


4= MAGHRIB

  • Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut 


5= ISYAK 

  • Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. 


SIFAT MAHMUDAH







1. Taubat

  • iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.

2. Khauf (takut)

  • iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya.


3. Sabar

  •  iaitu menahan diri dari keluh kesah pada sesuatu yang  tidak disukai.



4. Syukur

  • iaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala.

5. Ikhlas

  •  ialah perkara yang dilakukan semata-mata kerana Allah.





ZAKAT



DARI SEGI BAHASA :-
 
Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG".Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

 
DARI SEGI SYARAK:-
 
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

 
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
 
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
 
1.      Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
2.      Membersihkan diri pembayar zakat.
3.      Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
4.      Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
5.      Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
6.      Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
7.      Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
8.      Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
9.      Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
10.  Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.


Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
 
ISLAM
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam  sahaja.
MERDEKA
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
SEMPURNA MILIK
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
 
HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
 
CUKUP NISAB
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
 
CUKUP HAUL
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.


Harta yang wajib zakat

Ada 2 jenis zakat iaitu:

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
syarat-syarat  yang ditetapkan.
 
Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
 
        i.            Zakat Pendapatan
      ii.            Zakat Perniagaan
    iii.            Zakat Binatang Ternakan
    iv.            Zakat Pertanian
      v.            Zakat Wang Simpanan
    vi.            Zakat Emas dan Perak
  vii.            Zakat Saham
viii.            Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz

p/s:-

Ma'adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)



Thursday, January 6, 2011

MUKJIZAT


Mukjizat

Mu`jizat
 (Bahasa Arab: المعجزات, perkara yang menyebabkan lawan menjadi lemah) ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para Nabi dan Rasul. Mu`jizat ialah perkara luar biasa yang mencarik adat atau khariqu l-`adat (خارق العادة), iaitu sesuatu yang menyalahi kebiasaan manusia biasa.
Mu`jizat berlaku secara spontan dengan izin Allah. Tiada siapa, termasuk Nabi atau Rasul yang melakukannya, mampu menghasilkan satu mu`jizat sendirian tanpa izin Allah. Mu`jizat tidak diperoleh melalui pembelajaran. Sesetengah mu`jizat, telah menakutkan Nabi atau Rasul yang melakukannya, dan inilah apa yang telah berlaku kepada Nabi Musa apabila baginda diperintahkan untuk melontarkan tongkatnya, yang kemudian dia melihatnya bergerak seolah-olah ia seekor ular. Nabi Musa sendiri takut dengan apa yang berlaku.
Allah telah menjadikan bagi setiap Nabi mu`jizat yang bersesuaian dengan zamannya, dalam tiga bentuk berikut:
1.    Perbuatan, seperti keluarnya unta Nabi Salih daripada batu gunung, dan menukarkan tongkat Nabi Musa kepada ular.
2.    Pencegahan, seperti api tidak membakar Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalamnya.
3.    Perkataan, seperti Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Mu`jizat Nabi Muhammad S.A.W
Mu`jizat Nabi Muhammad boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
1.    Kejadian/ Al-Kawniyyah (الكونية)
2.    Perkataan/ Al-Qawliyyah (القولية)
Mu`jizat Perkataan
Mu`jizat Perkataan ialah Al-Qur'an. Disebabkan Islam adalah agama penutup yang Allah telah tetapkan bahawa ia akan berkekalan sehingga hari Qiyamah, maka Allah menetapkan bahawa mu`jizat Nabi Muhammad S.A.W juga berterusan, supaya ia akan membantunya dan menjadi sumber kekuatannya secara berterusan.
Mu`jizat Kejadian
Mu`jizat Kejadian yang berlaku pada Nabi Muhammad S.A.W adalah dalam bentuk pertolongan, bantuan dan ketenangan bagi hati orang-orang mu'min. Sebahagiannya berlaku untuk membawa manfa`at kepada orang-orang mu'min, atau menolak bahaya daripada mereka. Mu`jizat Kejadian ini bukanlah asas dalam mensabitkan kerasulan Muhammad S.A.W, dan kerana itu, Nabi tidak menyebutnya dalam cabarannya kepada para penentangnya. Bahkan, Nabi Muhammad S.A.W hanya mengehadkan terhadap cabaran untuk mendatangkan sesuatu seperti Al-Qur'an atau dengan satu surah sepertinya.
Perbezaan Antara Mu`jizat Dan Sihir
Mu`jizat berlawanan dengan Sihir kerana sihir, dalam keadaannya yang merupakan sesuatu yang menyalahi adat, tetapi ia adalah sesuatu yang diusahakan, yang boleh dipelajari. Dan ia mengkhayalkan dan tidak benar-benar berlaku. Berlawanan dengan itu, mu`jizat bukanlah sesuatu yang diusahakan. Dan ia benar-benar berlaku dan bukan khayalan mata.
Allah tidak mendatangkan mu`jizat kepada para Nabi palsu. Jika Nabi palsu itu mendatangkan sesuatu yang menyalahi adat, maka ia adalah sihir atau ciptaan yang boleh dipelajari atau didatangkan sesuatu yang sepertinya.