DARI SEGI BAHASA :-
Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG".Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
DARI SEGI SYARAK:-
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. | |
2. Membersihkan diri pembayar zakat. | |
3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat. | |
4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada. | |
5. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik. | |
6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia. | |
7. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka. | |
8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan. | |
9. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT. | |
10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat. |
Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
Harta yang wajib zakat |
Ada 2 jenis zakat iaitu:
Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. | |||||||||||||||||
Zakat Harta Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
p/s:- Ma'adin Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut. Kunuz Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun). Rikaz Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah) |
No comments:
Post a Comment